BismIllah
Menjadi lumrah kita di Malaysia ni utk mberi salam kepada sesama Muslim. Kenyataannya, bukanlah lumrah ini satu budaya akan tetapi satu tuntutan dalam agama kerana dalam salam itu terkandung do'a kesejahteraan buat si penerima salam itu.
Namun, berapa ramaikah antara kita yang benar-benar memahami konsep memberi salam? Tidakkah kita mahu mendo'akan kesejahteraan rakan-rakan dan saudara-mara kita hanya dgn melakukan suatu rutin yang ringkas?
Pada pandangan aku (personally speaking), ramai lg yg tidak menghiraukan (atau mungkin tidak mengetahui) kemuliaan di sebalik amalan memberi salam ini.
dalam surah ar-Ra'du (surah nombor 13) ayat 23-34 telah Allah SWT berfirman bahawa bukan sahaja manusia yg melakukan amalan memberi salam ini. Malahan malaikat juga turut melakukan perbuatan yg sama. Malaikat itu mulia kedudukan mereka di sisi Allah. Walau mereka mulia sekalipun, masih mereka merendahkan sayap kemuliaan merekadgn mberi salam. Kita?
Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (23) (Memberi hormat dengan berkata): Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu. (24)
Baiklah, bukannya "tidak memberi salam" yg mjadi topik blog aku ni kerana rata-rata kita semua tahu memberi salam. Tapi yg menarik perhatian aku ialah seberapa sempurnakah salam itu diberi?
dalam surah an-Nur (surah 24) ayat 61, Allah SWT menuntut agar setiap mereka yg masuk ke rumah agar memberi salam:
Apabila kamu memasuki rumah-rumah hendaklah kamu memberi salam (kepada penghuninya, yang bererti memberi salam) kepada dirimu sendiri, dgn salam yg penuh barakah dan baik dari sisi Allah. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat(-Nya) bagimu, agar kamu mengerti (61)
Marilah kita sama-sama renungkan dalam tahap manakah salam kita itu disampaikan. Adakah baik bentuknya "as-salamu 'alaikum" atau mungkin hanya "semelekom" atau "kom" yang mana mampu membuatkn pak Arab menggaru kepala dan membelek kamus bahasa Arab utk mencari maknanya, atau kita lantas membuka pintu dan meredah terus ke tempat dituju?
Perbuatan memberi salam ini bukan sahaja satu tingkahlaku medo'akn seseorang malahan mampu membuang segala prasangka buruk dan sikap prejudis dalam diri seseorang itu. Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment