Saturday, January 28, 2012


meow. meet my kitten. meow.

Thursday, January 19, 2012

lukisan adik aku sewaktu berumur 11 tahun. Actually ni gamba yg ak lukis semula. tp lukisan n orientation of the wordings tu agak persis dgn yg ni.
waktu tu ak tgh kemas bilik mak aku n tibe2 tjumpe satu buku skrap kaler hijau entitled "keluarga saya"

xtau la itu buku ade lagi ke x.

page pertama: lukisan sorang laki2 ade misai & ade kubur. "ayah" name lukisan tu.
"ayah meninggal dunia"

page kedua: sorang wanita. namanya "ibu"
"ibu menjahit baju"

page ketiga: sorang laki2 ngn spek mate. "abang pertama Fahimee"
"abang seorang pereka grafik". bunyi camtu la.

page ke 4: perempuan ngn T-square (alatan architecture). "ke-2. ini kakak saya Farini"
"kakak saya mahu jadi arkitek"

page ke 5: seorang laki2 ngn gitar. "abang. ke 3 Fikree"
"fikree pandai bermain gitar". ala2 gitu la bunyi nye.

page ke 6: seorang laki2 ngn doctor's coat. "Filani ke-4"
"Ini abang saya nombor 4. dia mahu jadi seorang doctor"

aku terus mengalir air mata. *ececece*

page ke 7: 2 org kanak2. "ke 5 dan ke 6. Farhan dan saya"

*mungkin time ni farhan masih kecik n x gtau ape yg die nk jd bile besar, so adik ak ican x tulis la cita2 farhan"




itula. tersentuhnya ati bila teringat balik lukisan tu. dgn izin Allah ak bjaye melayakkn diri ke dalam jurusan yg mberikan title "Dr" dan sekaligus mcapai impian arwah ayah, ibu dan adikku ini.. alhamdulillah.

Tuesday, January 17, 2012

fenin

BISMILLAH

hari ni merupakan pertama kali buat tahun 3 ni aku wat rawatan utk kanak2. pergh. penat gile. gile x penat cani (?).

mane tak nye. dgn x prepare ape2 (pengetahuan tak cukup lg) utk wat diagnosis. ya Allah mmg memenatkn.

Biasenye kalu klinik kanak2, mmg akn nmpak riak2 wajah pesakit kanak2 gelisah. tp arini, ak yg gelisah! patient ak steady je siap bleh sengih2 nampak gigi yg da x berapa nak ade. adooooi.

Sunday, January 15, 2012

Peringatan utk Diri Sendiri

BismIllah

Menjadi lumrah kita di Malaysia ni utk mberi salam kepada sesama Muslim. Kenyataannya, bukanlah lumrah ini satu budaya akan tetapi satu tuntutan dalam agama kerana dalam salam itu terkandung do'a kesejahteraan buat si penerima salam itu.

Namun, berapa ramaikah antara kita yang benar-benar memahami konsep memberi salam? Tidakkah kita mahu mendo'akan kesejahteraan rakan-rakan dan saudara-mara kita hanya dgn melakukan suatu rutin yang ringkas?

Pada pandangan aku (personally speaking), ramai lg yg tidak menghiraukan (atau mungkin tidak mengetahui) kemuliaan di sebalik amalan memberi salam ini.

dalam surah ar-Ra'du (surah nombor 13) ayat 23-34 telah Allah SWT berfirman bahawa bukan sahaja manusia yg melakukan amalan memberi salam ini. Malahan malaikat juga turut melakukan perbuatan yg sama. Malaikat itu mulia kedudukan mereka di sisi Allah. Walau mereka mulia sekalipun, masih mereka merendahkan sayap kemuliaan merekadgn mberi salam. Kita?

Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (23) (Memberi hormat dengan berkata): Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu. (24)

Baiklah, bukannya "tidak memberi salam" yg mjadi topik blog aku ni kerana rata-rata kita semua tahu memberi salam. Tapi yg menarik perhatian aku ialah seberapa sempurnakah salam itu diberi?

dalam surah an-Nur (surah 24) ayat 61, Allah SWT menuntut agar setiap mereka yg masuk ke rumah agar memberi salam:

Apabila kamu memasuki rumah-rumah hendaklah kamu memberi salam (kepada penghuninya, yang bererti memberi salam) kepada dirimu sendiri, dgn salam yg penuh barakah dan baik dari sisi Allah. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat(-Nya) bagimu, agar kamu mengerti (61)

Marilah kita sama-sama renungkan dalam tahap manakah salam kita itu disampaikan. Adakah baik bentuknya "as-salamu 'alaikum" atau mungkin hanya "semelekom" atau "kom" yang mana mampu membuatkn pak Arab menggaru kepala dan membelek kamus bahasa Arab utk mencari maknanya, atau kita lantas membuka pintu dan meredah terus ke tempat dituju?

Perbuatan memberi salam ini bukan sahaja satu tingkahlaku medo'akn seseorang malahan mampu  membuang segala prasangka buruk dan sikap prejudis dalam diri seseorang itu. Allahu a'lam.

About Me

My photo
FREE FOOD, CUPCAKES, CUPS, CAKES, FREE, FOOD.