Sunday, June 27, 2010

nak jajan ape?

Bismillah.

citer nie agak basi dan busuk. tp aku rase klako. aku xnak postkn kat facebook sbb mmg blog nie aku khaskan utk mende yg aku x citer kat org (verbally atau facebookally).

ceritanya bermula ari kames. mase tu, MASE TU! aku gi teman nenek gi beli barang2 dapur kat pasar malam. kali terakhir aku teman BELIAU when i was 12. dok sakan sopeng2, pastu nenek tanye: nenek da abes beli nie. NAK JAJAN APE?

HAHAHAHAHA!!! aku teringat zaman kanak2 aku. bile teman nenek je gi pasar borong ke, gi mane2 ke, mesti dan wajib nenek tanye: NAK JAJAN APE?

NENEEEEKK!!! SGT COMEL! teringat mase teman nenek g kat choket (chow kit yakni pusat shopping sakan ibu2 dan surirumahtangga. juga one stop centre buat warga emas berjumpa teman2). die penah belikan aku robot kuda (HAHAHAHA??????).

PASTU DIE TANYE KAT ORG JUAL TU: ADE JUAL ROBERT KUDA?
aku geleng2 kepala. ROBOT LA NENEK.....

itula nenek. walopon bising, sampai aku dok panggil die JUKEBOX, tp die sgt prihatin dan penyayang. LOVE YOU NENEK!

Friday, June 25, 2010

nak balik da?

Bismillah.
lame sgt da rse x menaip nie. SANGAT LAMA. keras plak jejaris ni. ye la, asek berfesbuk je. mane nak layan blog. tambahan plak aku nie jenis yg malas menaip dan berkarangan biografi nie.

masuk ari ni, ari Jumaat, da lebih kurang 3 minggu gak la cuti interyear nie. selapas berhempas pulas menongkang mata (ape tuh?) utk exam, akhirnya dapat gak menarik napas lega. daripada tachycardia kepada brachycardia (ha??), daripada high blood pressure kepada low blood pressure (HA???!!), daripada hypertonia kepada hypotonia (WA!!??), daripada glycolysis kini bertukar kepada lipogenesis (ni masuk akal sket).

sepanjang cuti ni byk la aktiviti2 yg menaikkan berat badan telah dilakukan. antaranya tido, tgk TV, makan dan ulang aktiviti2 tersebut beberapa kali. jadi, itu je la yg aku wat. outdoor activities? sgt la sikit. naik 2KG la berat nie.

XPE! HERBALIFE ADE! NAIK 2KG, TURUN 3KG! WEEEE! I LOVE HERBALIFE!

tp byk perubahan yg aku dpt rasakan sepanjang cuti nie. aku da mula rasa matang sket. dan byk perkara positif yg aku dpt sense berlaku kat diri ni. xnak la sebot. kang jadi riak plak. aku rasa la, ni sume berpunca/ber.. ber.. daripada waktu exam lagi. mungkin kerana tertekan ngn exam, Allah SWT telah membuka pintu hati aku. ALHAMDULILLAH.

Insya Allah aku akan cuba beristiqamah. kat sini gak, aku nak ucapkan setinggi2 terima kasih kat kawan2 aku esp. Fariss (cikgu), Abdul Rahman, Keun, Aiman Sabqi, Haniff Borhan dan semua yg byk bimbing aku dm menuju perubahan nie. yg paling best ialah Fariss. THANX CIKGU ATAS DORONGAN DAN BIMBINGAN!

eh, baru je 3 minggu cuti! da nak balik??

About Me

My photo
FREE FOOD, CUPCAKES, CUPS, CAKES, FREE, FOOD.